BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 12 September 2012

[K][E][K] [B][A][T][I][K]

Hi ! Assalamualaikum ;)
Bertemu lagi kita pada hari yang sama dan waktu yang sama . hihi , tetiba datang idea nak kongsi cara aku buat kek batik ne . hehehe , kesian kawan aku yang 4 orang tu , lambat hajat dorang kesampaian mau makan kek batik ku -.- sedih juga aku k . bukan ne TIADA perasaan seperti yang kamu sangkakan :)

Mula-mula :
* Kumpul bahan-bahan yang diperlukan seperti telur , susu , butter , milo , tepung , koko (jika mahu)

*10 biji telur (kalau gred A) / 12 biji kalau gred B
*1 tin susu
*250g butter
*1 paket milo bersaiz sederhana
*2 gelas tepung gandum
*1/2 serbuk koko
*Biskut
*Letakkan butter & Susu . Pukul sampai puas hati :D agak-agak dah nampak urat leher timbul cukuplah . 

*Dah sebati butter dan susu tadi , letakkan telur one-by-one . Pukul lagi k ^^

*Tengok dah sejiwa , letakkan tepung sikit-sikit . Pukul .

*Lepastu , letakkan milo sikit-sikit . Sebatikan .

*Letak serbuk koko .

*Then , masak campuran tadi tu kat kuali k kuali .
    #Pastikan benda tu masak 50-50 . Tak pekat tak cair k .

*Puas hati dengan fizikalnya , terus letak kat acuan then letak biskut . Dan begitulah sehingga habis .
  #Kalau rasa malas nak susun biskut tu , boleh juga campur sekali kat bahan tadi time dia kena masak . Faham kan faham ? HEHEHE .

#Terpulang kepada citarasa korang k . Kalau nak lebih rasa koko dan milo tambah je sesuka hati . Manis tak tahu :D

-THE END-



XOXO : pkajiel

0 comments: